Kampus UiTM Puncak Alam

Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009.Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.